Haa.. sapa kata kaum wanita (mama) jer yg perlu bersedia? Kaum laki(papa) pn penting juga. Ye la kan.. pemakanan dan diet papa penting utk menjamin kualiti sperma yg dihasilkn. So, papa kena amalkan diet yg seimbang utk meningkatkan keseburan.. tak gitu..heheh.. jd. Kita tgk apa yg perlu papa lakukan;
a. Perlu mendapatkan Vitamin C yg cukup. Iaitu dgn mengambil buah2an dan sayur2an sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Kekurangan vitamin C dan antioksida lain ( betakerotin, vitamin E dan selenium) boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. Kalau merokok, keperluan antioksida adalah lebih tinggi. So, pakat2 la berenti atau kurangkan merokok tu yeee….
b. Perlu mendapatkan zat besi yang cukup melalui pengambilan lebih makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin. Kalau kita tgk mknan yg disarankan ni tinggi jg kolesterolnya (kecuali bijirin), tp bolehlah ambil dgn jumlah yg sederhana dan untuk jangka masa yg korang rancang untuk dapat zuriat.
c. Mendapat kalsium dan vitamin D yg cukup. Kalsium blh didapati dr sumber tenusu manakal sumber vitamin D yg plh murah.. mestilah Cahaya matahari kan? Hasil tenusu dan minyak ikan kod pn ada Vitamin D. Kajian menunjukkan, pengambilan 100mg kalsium dan 10mcg vitamin D setiap hari blh meningkatkan kesuburan.
d. Sumber protein pn tk kurang pentingnya. ia penting utk penghasilan hormon, sel darah merah, pemulihan tisu, ketahanan badan dn byk lagi lah. Makanan protein blh diperolehi drpd ikan, ayam, tauhu, daging, susu, telur dan makanan laut.
p/s: kita hanya merancang dan berusaha, Allah yg menentukan segalanyaaaa….
Related Posts :

No comments:
Post a Comment